Pengenalan
Monsoon Brisk Walk adalah acara riadah berjalan santai yang julung-julung kalinya dianjurkan oleh Pertubuhan Prihatin Integrasi Ilham Terengganu (ILHAM). Acara ini diinspirasikan sebagai salah satu pentas alternatif untuk menggalakkan masyarakat kekal aktif bersukan di samping menyokong usaha Kerajaan Negeri Terengganu dalam mempromosikan gaya hidup sihat dalam komuniti masyarakat khususnya di kawasan Kuala Terengganu.
Mari sertai langkah kami menuju gaya hidup yang lebih sihat sambil menikmati keindahan musim monsun Terengganu yang unik! Jadikan Monsoon Brisk Walk ini sebahagian daripada pengalaman anda tahun ini — kerana setiap langkah adalah satu perubahan!
Objektif
- Menerapkan gaya hidup sihat yang menepati syariat Islam kepada masyarakat.
- Mengeratkan hubungan silaturrahim di antara semua peserta.
- Menggalakkan penglibatan masyarakat secara aktif dalam aktiviti sukan dan riadah
Siapa Yang Kami Cari?
Acara ini terbuka kepada:
- THE FUN WALKER (Umur 16-35): Pencari keseronokan dan aktivis gaya hidup aktif, suka menyertai aktiviti berkumpulan
. - THE FIT FUN FAMILY (Umur 35-50): Mengutamakan kesejahteraan keluarga dan mencari aktiviti riadah berkualiti bersama pasangan dan anak-anak
. - THE PROGRESSIVE WALKER (Umur 25-45): Penggiat kecergasan yang sentiasa mencari cara baharu untuk maju, konsisten berlatih, dan gemar berkongsi dengan komuniti
.
Ada Cabutan bertuah!

Jadual Ringkas Program
7:00 pagi: Pendaftaran Peserta Pejalan Kaki
7:30 pagi: Senamrobik dan Taklimat Ringkas
7:40 pagi: Pelepasan Peserta Pejalan Kaki
9:15 pagi: Ucapan Pengerusi, Ucapan Penaja, Cabutan Bertuah & Majlis Perasmian Penutup
12:00 tengahari: Sesi Bergambar & Jualan
1:00 petang: Bersurai
Senarai Pakej Penyertaan



Saiz Baju



